Setiap wanita mahupun lelaki sememangnya mengidamkan kulit muka yang licin dan bersih apa lagi jika disentuh dengan jemari terasa lembut dan sekata. Mungkin sekali dipandang tak jemu-jemu menoleh ke arah muka anda dan akan tertanya didalam hati apa rahsia sehingga membuatkan kulit muka anda begitu licin sekali nah apa lagi ayuh kita cuba petua ini:-
- a) Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Cuci dengan air suam, Lakukan setiap hari.
- b) Kupas sebiji sengkuang dan kisar bersama kunyit hidup dan beras yang direndam selama dua hari. Sapukan pada muka setiap hari.
- c) Campurkan sedikit tepung dengan air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokanya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
- d) Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum airnya setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
- e) Sapukan sebiji putih telur ke bahagian muka. Biarkan sehingga kering. Anda tidak digalakan bercakap, selepas itu bersihkan muka dengan air suam. Lakukan sebelum tidut dan lihat hasilnya.
- f) Ambil air nasi yang sedang ditanak. Lebih baik ambil buihnya. Sapukan pada muka dan biarkan selam 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan lihat hasilnya.
- g) Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosokkan ke bahagian pipi dan dahi anda. Setelah habis digunakan potonglah bahagian itu dan gunakan pula lapisan baru. Lakukkan cara ini beberapa kali. Lihat kesannya.
0 comments:
Post a Comment