Pages

Info

Agama

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 13:18
Asar 16:44
Maghrib 19:27
Isyak 8:43
 

June 23, 2010

Awet Muda Untuk Wajah

  • tips 1- Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakan didagu. Pusing-pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung da setrusnya ke bahagian dahi. lakukkan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu diingat jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


  • tips 2- Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan dua biji limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaul hingga sebati. Sesudah itu minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi.

  • tips 3- Makan daun pudina mentah setiap hari. Jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu

June 22, 2010

Melicinkan Kulit Muka



Setiap wanita mahupun lelaki sememangnya mengidamkan kulit muka yang licin dan bersih apa lagi jika disentuh dengan jemari terasa lembut dan sekata. Mungkin sekali dipandang tak jemu-jemu menoleh ke arah muka anda dan akan tertanya didalam hati apa rahsia sehingga membuatkan kulit muka anda begitu licin sekali nah apa lagi ayuh kita cuba petua ini:-

  • a) Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Cuci dengan air suam, Lakukan setiap hari.

  • b) Kupas sebiji sengkuang dan kisar bersama kunyit hidup dan beras yang direndam selama dua hari. Sapukan pada muka setiap hari.

  • c) Campurkan sedikit tepung dengan air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokanya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

  • d) Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum airnya setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

  • e) Sapukan sebiji putih telur ke bahagian muka. Biarkan sehingga kering. Anda tidak digalakan bercakap, selepas itu bersihkan muka dengan air suam. Lakukan sebelum tidut dan lihat hasilnya.

  • f) Ambil air nasi yang sedang ditanak. Lebih baik ambil buihnya. Sapukan pada muka dan biarkan selam 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan lihat hasilnya.

  • g) Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosokkan ke bahagian pipi dan dahi anda. Setelah habis digunakan potonglah bahagian itu dan gunakan pula lapisan baru. Lakukkan cara ini beberapa kali. Lihat kesannya.

June 21, 2010



Ikuti Langkah-Langkah Ini:-

  • 1) Parut sebiji timun hingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung, apabila sebati sapukan keseluruh muka dan biarkan hingga kering. Amalkan setiap pagi hasilnya kulit akan nampak bersih dan lembut.

  • 2) Gaulkan satu sudu minyak zaitun dan sebiiji telur. Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum cuci dengan air suam. Lakukan sebelum tidur.

  • 3) Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Cuci muka dendan air dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.

  • 4) Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan air suam.

  • 5) Belah limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan pada bahagian berbintik hitak dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air. Amalkan petua ini tiga kali sehari.

June 20, 2010

Kecantikan Yang Asli




Menghilangkan Jerawat di muka


Sebut pasal jerawat emm.. ramai antara kita yang merasakan ianya mencacatkan sedikit raut wajah kita untuk tampak berseri, jerawat yang terbentuk membuatkan kita tidak selesa malah kadangkala mendatangkan kesakitan pada kulit wajah dengan jerawat yang tumbuh ada yang kecil, besar, berbatu, bernanah dan sebagainya.
Pada yang mengalami masalah ini usah risau cubalah khasiat petua lama warisan melayu yang turun temurun terbukti kemujarabanya di samping menjimatkan perbelanjaan, kita juga dapat mengurangkan risiko akibat penggunaan bahan-bahan moden yang belum tentu lagi keberkesananya asalkan ianya sentiasa diamalkan Insyaallah lihat hasilnya.





10 khasiat menghilangkan jerawat!


Pertama:

Tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga bersama sedikit beras
kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka
lakukan pada waktu malam setiap hari hingga kesan jerawat hilang


Kedua:

Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikt air.
Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi
Biarkan selama dua hingga tiga minit. Amalkan petua ini
setiap kali anda mandi.


Ketiga:

Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu
Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan dimuka sebelum tidur
Amalkan selalu.


Keempat:

Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit
air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur
Lakukan seberapa kerap yang boleh.


Kelima:

Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak
tangan, kalau boleh biar hingga lumut. Kemudian gosokkan
ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih
Amalkan petua ini setiap hari.


Keenam:

Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan
ke muka setiap malam dan setelah kering basuh muka dengan
air suam. Amalkan selalu


Ketujuh:

Masak secekap daun inai bersama dua cawan air. Biarkan
hingga mendidih. Setelah sejuk sapukan pada jerawat
Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang


Kelapan:

Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya.
Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum
tidur. Amalkan selalu


Kesembilan:

Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau hingga sebati
Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu
bilis dengan air. Amalkan selalu


Kesepuluh:

Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu
kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan dimuka
Biarkan beberapa minit, Lakukan dua kali seminggu